Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 18)

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-18. Guru mahir membuat ulangan mengenai cara pemasangan Smart Watering Device, sistem pengairan automatik untuk tanaman, Aplikasi pintar untuk pemantauan dan kawalan, rangkaian tiub serta peralatan sokongan untuk kelancaran sistem.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali